Sunday, 21 April 2013

             
                  Hehe.. amacam vdeo 2..best x...sy rse bg yg ska sngat hsap rokok tu ptut tngok vdeo ni.. Hmm, sy pn terfkir gk,nper yer wlaupun dah mcm-mcm iklan,vdeo dan info-info ksihatan yg mrokok ni memberi ksan negatif terhadap perokok tu sndiri, masih rmai yang mrokok?? walhal harga rokok pn smakin mahal.. ape agknye yang mnjadi faktor perokok sukar untuk meninggalkan tabiat tidak sihat  nie..

Smua org tau merokok ni membahayakan kesihatan terutama kepada paru-paru. Tar dan nikotin yang terkandung dalam stiap batang rokok tu boleh menyebabkan komplikasi dan kanser paru-paru. Dalam eksperimen dia gunakan 400 btg rokok jer dah bleh bg kesan yg truk kpd paru-paru perokok. boleh anda byangkan jika dia telah merokok lebih dr 6 thun? sdah brapa btg rokok yg dia ambil..?? selain itu, ia juga menyebabkan kcacatan pada janin dan strok.

Perokok ni terbahagi kepada dua iaitu perokok tegar dan perokok pasif. Perokok tegar ni maksudnya orang yang mmang tak bleh tinggal langsung merokok. Sstengah drp mereka ada yang tidak rasa tak selesa lau tak merokok sehari. Bg glongan ini seolah-olah merokok tu adalah rutin dan wjib di ambil stiap hari, Manakala perokok pasif plak ialah orang yang menyedut asap rokok yang dihasilkan oleh perokok.
maksudnye diorang ni tak merokok tapi terpaksa menghirup asap rokok.
       
Menurut satu rencana yang disiarkan Berita Harian yang bertarikh 5 Jun 2010, pnulisnya mnyatakan bahwa perokok pasif ni lebih berisiko untuk menghidap penyakit.Kepekatan bhan kimia beracun dlm asap rokok basi lbih tnggi bbanding kepekatan asap disedut oleh perokok scra aktif. Perkara yg mngkn tdk dketahui ramai ialah risiko yg mnanti perokok pasif utk mndapt penyakit disebabkan mroko lbh tinggi drp perokok itu sndri. Asap yang dihirup perokok pasif mengandungi dua kali ganda nikotin, tiga kali ganda tar, lima kali ganda karbon monoksida dan 50 kali ganda kmia bbahaya bbanding yg dsedut perokok aktif.

Kita pn tak bleh slahkan perokok gak. Ada gak antara mereka yang mencuba pelbagai cara untuk menghentikan tabiat merokok ni. Ia bukan mudah untuk di laksanakan, so, lau ada sedara-mara kite ke.kwan2 kte ke yang nk bhenti merokok, bagilah support kat diaorang . Merokok bkan bleh bhenti skali gus, ia perlu ambil msa untuk di lakukan.Yelah kan, bnda yang dah sebati dlm dri bkn mudah nk sngkir..

Ksimpulannya, hentikan lah tabiat merokok ni krana selain ia memberi kesan neagtif seperti menyebabkan penyakit kronik kepada dri, ia juga mmberi impak trhadap org di sekeliling kita. Mereka mngkin merasa krang selesa dgn asap dan bau yg dhasilkan rokok. Merokok juga meyebabkan gaya hidup sihat dan aktif terganggu


Sunday, 14 April 2013

GaYa PeMakaNan

Selain amal ibadah, gaya hidup sihat yang berkualiti adalah bermula dengan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Ketika ini banyak penyakit-penyakit yang menyerang manusia adalah berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak sihat. Sedangkan umum mengetahui bahawa pemakanan yang baik adalh pnting untuk kesihatan yang sempurna,

  Amalan pemakanan yang sempurna dan seimbang tidak sukar untuk dilaksanakan. Panduan pengambilan pemakanan yang seimbang boleh dilakukan berdasarkan piramid pemakanan. Piramid makanan dapat membantu kita dalam tabiat pemakanan yang betul dan sihat. Piramid makanan membantu kita ke arah pemakanan yang sihat dan menjamin kualiti hidup yang sempurna.


Berdasarkan piramid makanan, kita perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak, berminyak dan berkolestrol tinggi serta maknan yang manis. Contohnya, makanan segera seperti kentang goreng, burger, gula-gula, kek. ais-krim dan minuman ringan. Makanan berminyak seperti mee goreng, nasi greng, nugget dan lain-lain makanan bergoreng harus dikurangkan dlam pemakanan kita walaupun ia enak dan lazat untuk dinikmati terutamanya bagi golongan kanak-kanak.

Seterusnya, kita hendaklah mengambil makanan yang berunsurkan daging seperti ayam, daging, ikan dan ayam serta makanan tenusu seperti keju, susu segar dan yogurt. Bukan kita tidak boleh menikmati langsung makanan berunsurkan daging dan susu, malah ia penting untuk tubuh kita bagi sumber protein, kalsium dan zat-zat yang lain yang diperlukan oleh tubuh. Tetapi kita harus mengawal serta mengehadkan pengambilannya   untuk memastikan kita tidak berlebihan dalam menikmatinya bagi mengelakkan penyakit.

Apa yang paling penting yang diperlukan dalam pengambilan makanan kita seharian ialah dengan melebihkan pengambilan buah-buahan seperti betik,pisang,anggur dan lain-lain serta pelbagai jenis sayuran hijau seperti kangkung,bendi,kacang panjang,salad dan lain-lain. Buah-buahan dan sayur-sayuran ini elok diambil yang segar atau mentah. Elakkan dari mengambil buah atau sayur yang sudah diproses seperti jeruk. Pelbagai jenis kekacang,bijiran seperti gandum dan barli serta roti juga harus dilebihkan kerana ia membekalkan sumber karbohidrat yang tinggi untuk keperluan tubuh kita.

Wednesday, 3 April 2013

Gaya Hidup Sihat Pengaruhi Kualiti Hidup






            Di era globalisasi ini, tidak di nafikan hampir smua orang mempunyai kerjaya masing-masing. Di zaman teknologi dan pembangunan yang semakin maju dan membangun ini, telah merubah gaya hidup dan pemakanan kebanyakan orang di seluruh dunia. Lantaran mengejar waktu yang memerlukan smua kerja dilaksnakan secepat dan sesegera yang mungkin kebanyakan orang sekarang mula meninggalkan gaya hidup yang sihat.
    Gaya hidup yang sihat amat penting untuk semua orang. Kesihatan merupakan 'harta' yang tak ternilai untuk manusia. Ia akan mempengaruhi kualiti hidup sesorang, jika tubuh badan sakit smua kerja sukar untuk dilakasanakan. Justeru itu, ketika kita masih lagi sihat amalkan gaya kehidupan yang sihat sebelum pelbagai penyakit 'menghinggapi' tubuh kita. Bak kata pepatah ''mencegah itu lbih baik dri mengubati''. Jangan kita terlalu sibuk mengejar harta kekayaan sehingga lupa pada pengjagaan kesihatan sendiri. Kesihatan yang sempurna tidak datang dengan sendiri jika kita tidak berusaha mencapainya.
Di sini saya kongsikan sedikit sebanyak tentang amalan gaya hidup yang sihat antaranya :

Melaksanakan Ibadah


      Segala sruhan dan tuntuntan yang difardukan ke atas umat Islam ada hikmahnya terutama dari segi kesihatan. Selain mendekatkan serta menghubungkan diri dengan Allah swt, ibadah juga merupakan 'makanan' rohani kita. Namun ibadah solat sebagai contohnya, memberi hikmah besar terhadap kesihatan. Pergerakan-pergerakan dalam solat banyak memberi manfaat terhadap kesihatan. Misalnya, sujud dalam solat dapat melancarkan aliran darah dan limfa serta membantu proses pengepaman jantung dan mengelakkan pengerasan darah. Ia juga membantu memulihkan rahim. Contoh lain, puasa. Puasa yang disyariatkan ke atas smua umat Islam adalah 'diet' terbaik kerana ia membantu kita mengawal nafsu terutamanya dalam pengambilan makanan. Puasa banyak mengajar orang yang melaksanakannya dengan sempurna untuk tidak berlebih-lebihan dalam pemakanan. Keadaan ini sekali gus membantu kita mengekalkan berat badan yang ideal. Oleh itu sentiasalah kita beristiqamah dalam melaksanakan ibadah...