GaYa PeMakaNan
Selain amal ibadah, gaya hidup sihat yang berkualiti adalah bermula dengan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Ketika ini banyak penyakit-penyakit yang menyerang manusia adalah berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak sihat. Sedangkan umum mengetahui bahawa pemakanan yang baik adalh pnting untuk kesihatan yang sempurna,
Selain amal ibadah, gaya hidup sihat yang berkualiti adalah bermula dengan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Ketika ini banyak penyakit-penyakit yang menyerang manusia adalah berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak sihat. Sedangkan umum mengetahui bahawa pemakanan yang baik adalh pnting untuk kesihatan yang sempurna,
Amalan pemakanan yang sempurna dan seimbang tidak sukar untuk dilaksanakan. Panduan pengambilan pemakanan yang seimbang boleh dilakukan berdasarkan piramid pemakanan. Piramid makanan dapat membantu kita dalam tabiat pemakanan yang betul dan sihat. Piramid makanan membantu kita ke arah pemakanan yang sihat dan menjamin kualiti hidup yang sempurna.
Berdasarkan piramid makanan, kita perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak, berminyak dan berkolestrol tinggi serta maknan yang manis. Contohnya, makanan segera seperti kentang goreng, burger, gula-gula, kek. ais-krim dan minuman ringan. Makanan berminyak seperti mee goreng, nasi greng, nugget dan lain-lain makanan bergoreng harus dikurangkan dlam pemakanan kita walaupun ia enak dan lazat untuk dinikmati terutamanya bagi golongan kanak-kanak.
Seterusnya, kita hendaklah mengambil makanan yang berunsurkan daging seperti ayam, daging, ikan dan ayam serta makanan tenusu seperti keju, susu segar dan yogurt. Bukan kita tidak boleh menikmati langsung makanan berunsurkan daging dan susu, malah ia penting untuk tubuh kita bagi sumber protein, kalsium dan zat-zat yang lain yang diperlukan oleh tubuh. Tetapi kita harus mengawal serta mengehadkan pengambilannya untuk memastikan kita tidak berlebihan dalam menikmatinya bagi mengelakkan penyakit.
Apa yang paling penting yang diperlukan dalam pengambilan makanan kita seharian ialah dengan melebihkan pengambilan buah-buahan seperti betik,pisang,anggur dan lain-lain serta pelbagai jenis sayuran hijau seperti kangkung,bendi,kacang panjang,salad dan lain-lain. Buah-buahan dan sayur-sayuran ini elok diambil yang segar atau mentah. Elakkan dari mengambil buah atau sayur yang sudah diproses seperti jeruk. Pelbagai jenis kekacang,bijiran seperti gandum dan barli serta roti juga harus dilebihkan kerana ia membekalkan sumber karbohidrat yang tinggi untuk keperluan tubuh kita.
No comments:
Post a Comment