Wednesday, 3 April 2013

Gaya Hidup Sihat Pengaruhi Kualiti Hidup






            Di era globalisasi ini, tidak di nafikan hampir smua orang mempunyai kerjaya masing-masing. Di zaman teknologi dan pembangunan yang semakin maju dan membangun ini, telah merubah gaya hidup dan pemakanan kebanyakan orang di seluruh dunia. Lantaran mengejar waktu yang memerlukan smua kerja dilaksnakan secepat dan sesegera yang mungkin kebanyakan orang sekarang mula meninggalkan gaya hidup yang sihat.
    Gaya hidup yang sihat amat penting untuk semua orang. Kesihatan merupakan 'harta' yang tak ternilai untuk manusia. Ia akan mempengaruhi kualiti hidup sesorang, jika tubuh badan sakit smua kerja sukar untuk dilakasanakan. Justeru itu, ketika kita masih lagi sihat amalkan gaya kehidupan yang sihat sebelum pelbagai penyakit 'menghinggapi' tubuh kita. Bak kata pepatah ''mencegah itu lbih baik dri mengubati''. Jangan kita terlalu sibuk mengejar harta kekayaan sehingga lupa pada pengjagaan kesihatan sendiri. Kesihatan yang sempurna tidak datang dengan sendiri jika kita tidak berusaha mencapainya.
Di sini saya kongsikan sedikit sebanyak tentang amalan gaya hidup yang sihat antaranya :

Melaksanakan Ibadah


      Segala sruhan dan tuntuntan yang difardukan ke atas umat Islam ada hikmahnya terutama dari segi kesihatan. Selain mendekatkan serta menghubungkan diri dengan Allah swt, ibadah juga merupakan 'makanan' rohani kita. Namun ibadah solat sebagai contohnya, memberi hikmah besar terhadap kesihatan. Pergerakan-pergerakan dalam solat banyak memberi manfaat terhadap kesihatan. Misalnya, sujud dalam solat dapat melancarkan aliran darah dan limfa serta membantu proses pengepaman jantung dan mengelakkan pengerasan darah. Ia juga membantu memulihkan rahim. Contoh lain, puasa. Puasa yang disyariatkan ke atas smua umat Islam adalah 'diet' terbaik kerana ia membantu kita mengawal nafsu terutamanya dalam pengambilan makanan. Puasa banyak mengajar orang yang melaksanakannya dengan sempurna untuk tidak berlebih-lebihan dalam pemakanan. Keadaan ini sekali gus membantu kita mengekalkan berat badan yang ideal. Oleh itu sentiasalah kita beristiqamah dalam melaksanakan ibadah...



No comments:

Post a Comment